Apr 6, 2007

the day you went away...

..(episod seminggu yang lalu)

Enaknya. Nyaman. Di tempat beradu, bergelimpangan segala luahan, bersama komputer riba. Lagu romantis. Semilir angin yang asyik. Dan, kesuraman mempesona. Dibawa sepetang yang cukup mendamai segala.


[Cukup..cukup :p]

Mahu kongsikan sebuah hari yang bagus aja. Mentara belum buka buku ketiga untuk periksa akhir semester. Lelah, baru pulang dari Laman Ayah Bonda. Walau rasanya lebih selesa duduk tafakur dan baca buku di bilik, tapi saya akan rasa lebih sempurna demi melihat mak dan ayah tersenyum. Tersenyum bahagia bersama-anak-anak, yang jarang dapat berkumpul bertiga.

Tadi, angah hantar saya pulang ke Taman Ilmu dan Budi ni. Salam hormat dan senyum terakhir mungkin dalam waktu 6 bulan akan datang. Adik saya terpilih untuk menjadi barisan polis PGA PDRM ke Timor Leste.

Harunya perpisahan itu. Saat melangkah pergi dari kereta, saya tak toleh lagi ke belakang melambai bagai biasa. Entahlah...saya benar sedih. Dia akan pergi demi sebuah tugas, perjuangan.

[eh..saya nangis!!!]

---------------------------

Adik saya@ Angah anak kedua dalam beradik kami. Cepat baran, tapi hatinya terlalu baik dan pemurah. Semalam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berdua, saya tak banyak bicara dengannya. Erm, tahu kami memang bukan along dan angah yang sangat rapat...tapi, saya masih mahu menjadi alongnya yang terbaik.

[Masih juga saya rasa saya belum berjaya]


Angah saya dan perjalanan hidupnya. Kerja sebagai polis sesudah SPM. Ada peluang sambung belajar, tapi mak ayah saya sudah 'pilihkan' dia untuk menjadi pejuang negara. Angah saya akur. Tak macam saya yang degil dan keras kepala.

Saya yang mula kecewa, sebab saya isikan borang upu. Namun, itula..rezeki hanya Allah saja yang tahu. Tawaran sambung belajar ke unit Mara diterima selepas Angah saya masuk ke unit latihan polis. Saya pasrah. Saya belajar yakin, pilihan mak ayah jugalah sumber keberkatan kami semua.

Bila mak ayah bahagia, redha...maka Allah juga sering memantau kita semua, kan? Dengan keberkatan dan kasih sayangNya.

----------------------------

Bukan pertama kali kami berpisah. Selalu juga Angah tak beraya bersama. Ada aja senarai tugasnya; karate-do, kawatlah, bola tamparnya. Kena ops sini sana. Sudahnya mak yang lebih sendu. Tapi kali ni, kami akan berpisah jauh dan agak lama. Memang terasa benar. Sedih.

Tadi, kami berpisah.


Kalian, sahabat-sahabatku, tolong do'akan adik saya. Adik yang saya sangat kasih dan sayang. Cuma dia adik lelaki yang saya ada, yang gemar usik saya, gemar jenaka, yang takkan saya keluh jika diminta apa-apa pun..sebab saya sayang dia.

Biar tak pernah terucapkan, saya tahu dan mahu dia tahu, kami semua bangga dengannya. Ayah, mak, saya dan adik sangat menanti waktu berkumpul semua, dan semula. Moga Tuhan bersamanya sentiasa. Semoga dan mudah-mudahan..ameen, ya Robbil 'alamin.
---------------------------
"...banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan, kepada dirimu. Aku ingin engkau selalu, hadir dan temani aku, di setiap langkah yang meyakiniku, kau tercipta untukku, sepanjang hidupku.."

"..moga rindu ini akan sering semarak, bertemalikan do'a dari jauh. I'll be right here waiting for you.."

No comments: